Sukan dan perpaduan :

😎 SUKAN DAN PERPADUAN

ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)

💖NUR BATRISYIA BALQIS BINTI SAHRUL  (1003)

💖NUR ALIYA NAJWA BINTI MD ROSLI   (1008)

💖PUTRI AIZATUL ALISYA BINTI MOHD RIDZUAN  (1044)

💖NUR NABILAH HUSNA BINTI MOHD ZAIN   (1092)



💨ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA👋 BLOG INI MENERANGKAN TENTANG SUKAN DAN PERPADUAN YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA MAHUPUN DI NEGARA LUAR. SEMOGA PENULISAN INI DAPAT MEMBERI SERBA SEDIKIT ILMU PENGETAHUAN KEPADA PEMBACA.💨 (qiss)





💕PENGENALAN💕

           Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
          Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

           “Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.  (qiss)





MAKSUD SUKAN

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan dalam pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.   Terdapat perbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta ataupun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita.   (putri)



MAKSUD PERPADUAN

Hubungan erat atau bertoleransi yang diwujudkan dengan sengaja di dalam kaum atau etnik yang berbeza untuk mencapai sesuatu matlamat bersama secara jujur dan harmoni. Ia juga merujuk kepada semua hubungan sosial yang berkaitan dengan manusia.  (putri)







    PERANAN SUKAN DARI PERSPEKTIF PERPADUAN    [nabila]




         
     CONTOH - CONTOH SUKAN  (nabila)          
     



1.BOLA SEPAK -
S
ejenis permainan yang dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

  


    (Peralatan untuk bermain Bola Jaring)

2.BOLA JARING - Merupakan sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang menyerupai dan berasal daripada, bola keranjangSeperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.

Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan 15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Kedua-dua ketinggian dan diameter bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia adalah berkemungkinan untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika terdapat mana-mana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar permainan. Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain yang dapat menangkap bola tanpa terkena lantai.

 (Gelanggang Bola Jaring)

       Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" yang menunjukkan posisi masing-masing. S
trategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. 

       Perkara terpenting sekali ialah latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Bola jaring merupakan permainan yang popular dan digemari oleh semua lapisan dunia. Ia juga turut dipertandingkan diperingkat yang tinggi seperti sukan-sukan yang lain. Buktinya, sukan bola jaring ini dipertandingkan dalam SUKMA, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan lain-lain lagi. Antara kejohanan paling penting dalam bola jaring adalah Kejuaraan Dunia Bola Jaring yang diadakan setiap empat tahun.




3.BADMINTON - Sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

       Ia merupakan kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket. Pukulan yang paling bertenaga dalam sukan badminton ialah pukulan smash, yang mana ia merejam bulu tangkis dengan tajam ke arah gelanggang pihak lawan. Kelajuan maksimum bagi pukulan smash ke atas bulu tangkis berbeza berbanding sukan raket yang lain. Rekod kelajuan pukulan diukur ke atas kelajuan awal bagi bulu tangkis serta-merta selepas ia dipukul oleh raket pemain.

      Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

i- Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai
ii- Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun
iii- Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai
iv- Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang
v- Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia
vi- Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.





4.HOKI - Permainan ini boleh dimainkan di padang rumput atau padang rumput tiruan serta permukaan papan dalaman. Setiap pasukan bermain dengan sebelas pemain, termasuk penjaga gawang. Pemain menggunakan kayu hoki yang terbuat dari kayu, serat karbon, serat kaca atau gabungan serat karbon dan serat kaca dalam kuantiti yang berlainan (dengan kayu hoki serat karbon yang lebih tinggi menjadi lebih mahal dan kurang cenderung untuk pecah) untuk memukul bola yang bulat, keras dan plastik. Panjang batang bergantung pada ketinggian individu pemain. Hanya satu batang kayu hoki dibenarkan untuk digunakan. 

      Penjaga gawang sering mempunyai jenis kayu hoki yang berbeza, namun mereka juga boleh menggunakan kayu hoki biasa. Papan pemegang kayu hoki penjaga gawang mempunyai lengkung lain tertentu pada hujung batang, ini untuk memberi mereka lebih banyak permukaan untuk menyelamatkan bola. Pakaian seragam pula terdiri daripada shin keselamatan, kasut, pengawal mulut dan jersi. Semasa bermain, penjaga gol adalah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan mereka (tangan pemain dianggap 'sebahagian daripada kayu hoki' jika memegang kayu hoki), sementara pemain lapangan memainkan bola dengan sisi rata daripada kayu hoki mereka. Penjaga gol juga tidak boleh memainkan bola menggunakan kayu hoki mereka. 

     Sesiapa yang menjaringkan gol yang paling banyak pada akhir perlawanan akan dikira sebagai pemenang. Jika keputusan terikat pada akhir permainan, sama ada seri diisytiharkan atau permainan masuk ke masa tambahan atau penentuan penalti, bergantung pada format kejohanan. Terdapat banyak variasi untuk bermain masa tambahan yang bergantung kepada liga dan perlawanan kejohanan. Dalam permainan kolej, tempoh masa tambahan tujuh-sebelah terdiri daripada tempoh 10 minit unuk gol emas dengan tujuh pemain untuk setiap pasukan. 

    (Padang Hoki)

Sekiranya seri masih tersisa, permainan memasuki pertandingan satu persatu di mana setiap pasukan memilih 5 pemain untuk menggiring bola dari garisan 25 ela ke bulatan menentang penjaga gawang lawan.
Pemain ini mempunyai 8 saat untuk menjaringkan gol pada penjaga gawang. Permainan ini berakhir selepas gol dijaringkan, bola keluar dari batas, pelanggaran dilakukan (berakhir dengan penalti strok atau flik atau berakhirnya dengan satu lawan satu) atau waktu tamat. Sekiranya pertarungan masih berterusan selepas pusingan seterusnya, sehingga satu pasukan telah menjaringkan gol. 

  




5.LUMBA BERBASIKAL - Lumba berbasikal atau panggilan lainnya Sukan Berbasikal Trek telah wujud pada tahun 1870. Pada peringkat permulaan sukan ini, ia dilakukan pada velodrom yang serupa dengan yang digunakan sekarang. Velodrom ini terdiri daripada dua jalan lurus dan belokan sedikit melengkung, walaupun panjang dan materialnya lebih bervariasi daripada landasan 250m moden.

       Satu daya tarikan perlumbaan berbasikal trek ini adalah penonton dapat melihat seluruh perlumbaan dengan mudah.Oleh itu, bayaran masuk dapat dikenakan, menjadikan lumba trek sebagai sukan yang menguntungkan. Di awal pengenalan sukan ini,ia dapat menarik orang ramai sehingga 2,000 orang. Trek dalaman juga membolehkan berbasikal sepanjang tahun untuk pertama kalinya.

 (Sejarah pengenalan Sukan Trek Berbasikal)
 Sumber kredit : Laman FB Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia  
                                

Pertandingan lumba basikal telah dipertandingkan dalam setiap program Sukan Olimpik Musim Panas sejak Olimpik moden pertama pada tahun 1896 bersama acara sukan atletik, gimnastik artistik, lawan pedang dan renang.

      Sejak pertandingan tahun 1896 yang menampilkan lima acara trek dan perlumbaan jalan raya sejauh 87 km dari Athens ke Marathon dan balik semula, berbasikal Olimpik secara beransur-ansur berkembang untuk merangkumi pertandingan wanita, basikal gunung dan BMX untuk mencapai 22 acara semasa.

      Program berbasikal untuk edisi ini diperluas dengan 4 acara lebih banyak daripada yang diadakan pada tahun 2016. Gaya bebas BMX telah ditambahkan dalam program ini untuk pertama kalinya dan terdapat juga acara Madison yang kembali pada trek yang telah dikeluarkan dari program Olimpik pada tahun 2008.

      Cengkaman Great Britain pada acara velodrom tumbuh buat kali pertama sejak 2008, namun dengan tiga emas, tiga perak dan gangsa di dalam velodrom, dan basikal gunung yang berjaya dan kempen BMX di luarnya (tiga emas, perak dan gangsa) untuk Sukan Olimpik keempat berturut-turut, Great Britain menduduki tempat teratas pingat berbasikal dengan dua belas pingat, enam emas, diikuti oleh Belanda dengan dua belas pingat tetapi lima emas. Selain di antara mereka dua negara teratas yang memenangi separuh daripada semua pingat emas yang ditawarkan dalam sukan berbasikal; tidak ada negara lain yang menang lebih dari satu.



💬 RUMUSAN  : Terdapat banyak lagi contoh-contoh jenis sukan yang popular dan dipertandingkan dalam masyarakat Malaysia. Setiap jenis sukan mempunyai peraturan dan cara bermain yang berbeza bergantung pada sesuatu kesesuaian. Namun, Perbezaan ini tidak menjadi alasan untuk masyarakat Malaysia untuk tidak saling bersatu padu. Malah, perbezaan dan kepelbagaian ini lah yang menjadi asbab untuk seluruh masyarakat dan rakyat untuk saling bersepadu dan sebuah perpaduan yang diimpikan oleh rakyat Malaysia. 💛👪

  


 TOKOH - TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIANNYA

 
  
i . Dato Lee Chong Wei (ALIYA)

BIODATA DATO LEE CHONG WEI

Nama penuh:Lee Chong Wei

Tarikh Lahir:21 Oktober 1982

Tempat Lahir:Penang, Malaysia

Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki


Dalam sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu skuasy Negara Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi juara dunia sebanyak 4 kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta menduduki rangking pertama dunia sejak tahun 2006. Manakala Shalin Zulkifli pula ialah seorang pemain boling 10 pin professional berbangsa Malaysia dan dan bekas pemain nombor satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan satu pemain boling to pin profesional di Malaysia dan Asia.

Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap Negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman.

ii. Dato Azizulhasni Awang (ALIYA)

BIODATA DATO AZIZULHASNI AWANG 

Nama penuh:Dato'Muhammad Azizulhasni Bin Awang

Tarikh Lahir:5 Januari 1988

Tempat Lahir:Kuala Dungun,Terengganu

Kerjaya:Pelumba Basikal Trek Profesional

Tokoh sukan bagi sukan berbasikal negara Malaysia ialah Datuk Azizulhasni Awang yang digelar The Pocket Rocketman kerana perwatakannya. Beliau terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada tahun 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008.

Semenjak itu, rakyat Malaysia mula meminati dan mengambil tahu tentang sukan berbasikal. Rakyat Malaysia terus memberi sokongan dan semangat yang tinggi kepada Datuk Azizulhasni Awang agar dapat mencapai kejayaan yang lebih besar lagi pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, beliau juga berterima kasih dan sangat terharu kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu terhadap beliau. Beliau berharap agar rakyat Malaysia terus menyokong beliau dalam sukan tersebut kerana beliau percaya bahawa sesungguhnya sukan itu mampu menyatupadukan rakyat Malaysia.





 iii. An Najwa Azizan (NABILA)

         

               BIODATA AN NAJWA AZIZAN

           NAMA :  AN NAJWA BINTI AZIZAN
           UMUR :  25 TAHUN
           TARIKH LAHIR :  9 OGOS 1997
           JANTINA :  PEREMPUAN 
           BERAT :  82 kg
           TINGGI :  1.79 m
           KERJAYA : PEMAIN BOLA JARING NEGARA
           POSISI DALAM BOLA JARING :  GS ( Goal Shooter)



Diangkat sebagai 'The Most Valueable' player ketika pasukan bola jaring negara merangkul juara dalam kejohanan bola jaring Asia 2016 di Bangkok. Najwa merupakan pemain bola jaring yang pertama yang berkelana ke luar negara. 

     An Najwa Azizan merupakan pemain skuad bola jaring Malaysia yang meraih emas di Sukan Sea Kuala Lumpur sekaligus menamatkan kemarau emas skuad bola jaring selama 16 tahun. Kehebatan di gelanggang dan seorang yang murah dengan senyuman di luar gelanggang sentiasa menjadi sebutan pengulas ketika perlawanan walaupun beliau berada di bangku simpanan.

     Berusia 22 tahun mempunyai ketinggian 179cm, An Najwa kini merupakan pemain harapan Malaysia. An Najwa Mula melibatkan diri dalam sukan melalui acara olahraga sebelum beralih kepada Bola Jaring semasa berada di Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL).

     Di Sekolah Sukan Kuala Lumpur, seorang guru telah mengajaknya menyertai sukan bola jaring dan beliau terus jatuh cinta dengan sukan baharunya itu. Kini An Najwa menjadi penjaring gol skuad bola jaring negara. An Najwa juga telah mencipta sejarah pada 2018 apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di luar negara dengan bermain dengan pasukan Liga Bola Jaring Australia dengan kontrak selama setahun. 

Disertakan link video An Najwa bermain di Liga Bola Jaring Australia :

 https://web.facebook.com/norsila.jaafar/videos/10215195304418989/?t=10

     An Najwa merupakan anak bongsu kepada bekas pemain ragbi negara (1981-1998) , Azizan Azmi dan seorang yang meminati aktiviti lasak serta permainan yang agak ganas seperti bergusti kerana An Najwa sangat rapat dengan abangnya. Tambahan, An Najwa juga sentiasa memastikan berat badannya kembali ideal semasa latihan bermula atau sebelum menjelang kejohanan.

     Kesimpulannya, An Najwa Azizan ini merupakan seorang atlet yang sangat komited dan berkemampuan dalam mengurus tentang kejohanan bola jaring iaitu kerjayanya dan selaras menyeimbangkan dengan aktiviti sehariannya seperti orang lain meskipun mempunyai banyak komitmen dalam sehari-hari.


iv. Al Jufferi Jamari (NABILA)





                   BIODATA AL JUFFERI JAMARI 


           NAMA :  MOHD AL JUFFERI BIN JAMARI 
           UMUR :  30 TAHUN
           TARIKH LAHIR :  28 JANUARI 1992
           JANTINA :  LELAKI
           BERAT  : 70 kg
           ASAL : BUKIT SETONGKOL, KUANTAN PAHANG 
           ISTERI :  NURUL FARHANA ABD MAJID 
           KERJAYA : ATLET SILAT NEGARA PROFESIONAL/PELAKON
           


Antara pencapaian yang diraih Al Jufferi Jamari :

- Meraih pingat emas di kejohanan dunia pada tahun 2012, 2015 dan 2016. Juga menerima anugerah khas diraja sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Pahang di Istana Abdul Aziz. 
- Meraih anugerah Sukan Negara atau National Sports Day Award pada tahun 2015. 
- Meraih pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Melaka, Malaysia 2022
- Meraih pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Bali, Indonesia 2016
- Meraih pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Phuket, Thailand 2012
- Meraih pingat Emas Kejohanan Silat Dunia Chiang Rai, Thailand 2012
- Meraih 13 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa di peringkat Kejohanan Asia dari 2009 hingga 2011.
- Meraih 14 pingat Emas dan 1 pingat Perak di Kejohanan Peringkat Terbuka Eropah dari 2011 hingga 2021.

          Pembabitan pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari, 30, dalam sukan silat sejak berusia 14 tahun sudah membuka banyak ruang untuk beliau mencipta pelbagai kemenangan dalam kejohanan bertaraf antarabangsa.

      Antara kejayaan yang masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini ialah apabila beliau berjaya mencipta hatrik, menang tiga kali berturut-turut dalam temasya Sukan SEA dan kejuaraan dunia. Lebih gemilangnya lagi, Al Jufferi terus cemerlang pada Sukan SEA 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur apabila sekali lagi menyumbangkan pingat emas untuk negara. 

 Al Jufferi Jamari berkata dalam wawancaranya ketika ditemui;

      “Selain itu, saudara saya, Suzy Sulaiman juga seorang atlet silat dan dia adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya untuk berlatih di Kem Sukan Temerloh, Majlis Sukan Negeri Pahang ketika saya masih di bangku sekolah.”
      “Selepas menjalani sesi latihan lebih dua tahun di bawah pasukan Pahang, saya akhirnya diserap sebagai pelapis kebangsaan pada 2009 dan berpeluang menyertai kejohanan sukan pertama iaitu Asian Indoor Games di Vietnam,”
katanya ketika ditemui, baru-baru ini. 

Kata Al Jufferi lagi; “Ujian dari ALLAH ini memang menuntut komitmen yang tinggi daripada saya sebagai seorang bapa tetapi dalam masa yang sama ia juga menjadi penguat semangat untuk saya terus berjuang sehabis baik dalam sukan silat ini. 

     Sudah menjadi lumrah kehidupan, di sebalik kejayaan yang dicipta pasti ada momen pahit manis yang terpaksa ditempuh dan begitulah juga perjalanan pesilat negara ini apabila anak sulungnya disahkan menghidap kanser ketika berusia tiga tahun.




 Selepas dinobatkan sebagai juara kelas F pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 , Jufferi mengumumkan persaraan nya daripada sukan itu kerana mahu memberi tumpuan pada keluarganya. Selain itu, kecederaan bahu kanannya ketika Sukan SEA Hanoi lalu yang masih belum pulih sehingga kini juga memberi kesan padanya. Meskipun begitu, beliau tetap tabah dan semakin pulih dari kecederaannya itu ;  

“Saya bersyukur kerana anak saya kini sudah beransur sihat dan hanya perlu menjalani pemeriksaan berkala seperti yang dijadualkan pihak hospital. 

     Selepas lebih 15 tahun berkecimpung dalam arena persilatan negara, Al Jufferi akhirnya membuat keputusan untuk bersara selepas dibelenggu kecederaan bahu dan lutut selain mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

“Saya pernah berkata kepada diri sendiri untuk bersara apabila mengalami kecederaan bahu atau lutut dan ALLAH mendengarnya, jadi saya memilih untuk bersara pada tahun ini. Kejohanan Silat Dunia pada Julai ini adalah penampilan terakhir saya dalam sukan silat. Bagi pesilat muda dan pelajar di luar sana yang berminat menceburi sukan silat, teruskan minat kerana arena ini akan mendidik anda menjadi seorang yang berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi,” tuturnya mengakhiri perbualan.



TEMASYA SUKAN ANTARABANGSA

SUKAN OLIMPIK

SUKAN OLIMPIK ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap 4 tahun. Sukan ini bermula daripada Yunani Purba dan dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis yang bernama Pieree de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai olimpik musim panas telah diadakan setiap 4 tahun sejak 1896 kecuali ketika perang dunia. Selain itu, Sukan Olimpik musim sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi serentak dengan sukan olimpik musim panas pada 1994, sebaliknya 2 tahun lepas.   (putri)


SUKAN KOMANWEL


Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hmilton, Ontario, Canada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978. (qiss)


SUKAN ASIA



Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap 4 tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua asia. Sukan asia dikawal oleh majlis olimpik asia (OCA) di bawah pengawasan jawatankuasa olimpik antarabangsa (IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, ini ialah satu tradisi bermula sejak tahun 1951. Atlet perlu didaftarkan oleh jawantankuasa olimpik kebangsaan mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil bahagian. Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta dan namanya digelar China Taipe berdasarkan status politik Taiwan yang belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun, Republik Rakyat China, dan Korea Selatan.    (putri)


KEBAIKAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN  (putri)

  • Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas tanpa mengira usia, kaum mahupun bangsa
  • Dapat mengeratkan silaturrahim dan tali perpaduan antara masyarakat tanpa mengira bangsa
  • Memupuk nilai nilai murni sesama masyarakat 
  • Dapat menaiktarafkan sukan negara kita dan bersaing dimata dunia 
  • Mampu menjadi suatu sumber pendapatan kepada penggemar sukan 

FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN (ALIYA)

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing,peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.


Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.


Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing, dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.


Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.


USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR (ALIYA)


1. Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk menempatkan murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.




2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011.



3. Setiap tahun, kejohanan majlis sukan sekolah-sekolah malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.







4. Pengenalan rancangan integrasi murid untuk perpaduan (rimup)sejak tahun 1986.




APAKAH OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA ? (ALIYA)

1. Memperkasakan budaya penglibatan dalamsukan dalam kalangan masyarakat.
2. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan di kalangan masyarakat.
3. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi         membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu.
4. Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu melalui sukan.
5. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat.
6. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang profesional.
7. Membangunkan sukan sebagai satu industri.
8. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat yang tulen.



💕Sukan merangkumi aktiviti fizikal yang dijalankan di padang ataupun gelanggang untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, kemahiran, kecemerlangan dan pembangunan. Perbezaan tujuan ini yang membezakan sifat sesuatu sukan.

Rakyat Malaysia, secara keseluruhannya mempraktikkan sukan dalam kehidupan seharian mereka terutamanya pada waktu petang. Objektif aktiviti fizikal sebegini bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan diri tetapi juga mampu membina hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan.Namun, persoalan yang sering bermain di benak fikiran iaitu adakah sukan ini mampu untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia? (qiss)

💕Terdapat isu di mana generasi muda sekarang lebih suka bersukan atau beriadah mengikut kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum lain. Sebagai contoh, di kawasan kediaman dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengkaji tentang latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan. Hal ini demikian kerana, ia boleh mengganggu interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. (qiss)

💕Namun demikian, sebagaimana yang pernah berlaku di liga bola sepak luar negara, sukan juga telah menjadi isu provokasi perkauman yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negara itu. (qiss)

Sehingga hari ini, terdapat pelbagai anjuran sukan yang dijalankan di Malaysia. Antaranya ialah Sukan Malaysia (SUKMA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan terdapat juga program yang bertemakan ‘Sukan Menjana Perpaduan’ oleh Sukma XV yang diadakan di Pahang. Selain itu, contoh sukan semasa yang berlangsung baru- baru ini iaitu Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang dianjurkan di Tokyo, Jepun.

Meskipun temasya Olimpik pada tahun ini sedikit berbeza dari segi suasananya berbanding tahun sebelum ini, namun ia bukan penghalang untuk atlet terus berjuang untuk meraih pingat dalam acara sukan yang dipertandingkan. (Nabilah)

💕Buktinya, Malaysia berjaya meraih satu pingat perak menerusi Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki dan juga pingat gangsa melalui gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki. (Qiss)

Walaupun tidak mencapai sasaran tiga pingat dalam temasya Olimpik Tokyo ini, namun Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian yang memuaskan dalam setiap acara yang dipertandingkan oleh para atlet Malaysia. (Qiss)

Tambahan pula, kemunculan atlet muda yang mewakili Malaysia seperti Nur Dhabitah Sabri (terjun), Syaqiera Mashayikh (memanah), Azreen Nabila Alias (olahraga), Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (badminton) telah memberi sedikit sebanyak sinar harapan kepada Malaysia untuk merangkul pingat pada kejohanan Olimpik yang akan datang. (Nabilah)

Sebagaimana contoh yang diberikan, ini membuktikan aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai etnik dapat memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. (Nabilah)

Syaqiera Mashayikh (memanah)








💕Di samping itu juga sukan dapat mengikis segala jenis gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seterusnya menyumbang ke arah perpaduan negara.

Pepatah mengatakan ‘badan sihat otak cerdas’ merujuk kepada sukan yang mampu melahirkan generasi cergas yang mana bukan sahaja dari segi jasmani dan rohani malah menjadi asbab pengukuhan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat untuk memastikan perpaduan terus utuh dalam kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia. (Qiss)

💕Misalnya, perpaduan di antara para atlet yang menyertai sesuatu pertandingan sukan di mana mereka secara langsungnya akan berkumpul terlebih dahulu di kem latihan untuk mempersiapkan diri mereka seperti makan, tempat tidur, berehat dan berlatih bersama – sama dengan atlet yang lain. Sifat persefahaman yang erat serta bertolak ansur dapat dilahirkan melalui pergaulan dan interaksi antara para atlet dari pelbagai kaum. (Nabilah)

💕Impaknya, para atlet akan bertungkus lumus untuk bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain untuk menjayakan misi Negara iaitu membawa pulang pingat dan seterusnya mengangkat martabat Malaysia ke mercu yang lebih tinggi. (Qiss)

💕Sukan bukan sahaja mampu melahirkan perpaduan dalam kalangan atlet malah mendorong rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk bersatu padu menyokong para atlet dalam sukan yang dipertandingkan di stadium mahupun gelanggang sukan.Walaubagaimanapun, situasi sekarang di mana munculnya wabak baru yang meragut banyak nyawa iaitu ‘Coronavirus’ atau Covid-19 yang menjadi asbab kegiatan sukan pada masa sekarang sedikit berbeza berbanding sukan pada tahun sebelumnya. Salah satu daripadanya ialah rakyat tidak dapat turut serta untuk menyokong para atlet di stadium mahupun gelanggang sukan disebabkan oleh mereka harus mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. (Nabilah)

💕Namun hal ini tidak mematahkan semangat kesukanan rakyat Malaysia kerana mereka masih lagi boleh memberi sokongan kepada atlet melalui paparan skrin televisyen di rumah masing-masing atau mengikuti perkembangan semasa melalui media massa.(Nabilah)

💕Akhir sekali, sukan menjadi wadah penting dalam mewujudkan integrasi masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini tidak kira apa jua sukan sama ada bola sepak, badminton ataupun olahraga. Semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting untuk memastikan program sukan di Malaysia diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa walaupun dengan norma baharu yang disebabkan oleh Covid-19 ini.

Hal ini demikian supaya semangat kesukanan dapat diterapkan dalam diri setiap rakyat dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, program Hari Sukan Negara dan 1 Murid 1 Sukan yang boleh melibatkan orang awam untuk menyertainya dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sekiranya setiap negara menekankan peranan sukan dalam membentuk hubungan global yang baik, keamanan negara dapat dicapai seterusnya mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.(qiss)






KESIMPULAN :-(qiss)

Kesimpulannya,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.








💙💚💛💜



SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA INFO DARI LAMAN BLOG KAMI  : )






Ulasan